Jumaat, 19 Mac 2010

Ayeem Burger....

11 Mac 2010, majlis pertama yang diadakan dalam tahun 2010.Majlis kali ni diadakan di Ayeem Burger, Sg. Plong, Sungai Buloh. Bukan senag nak kumpul ramai-ramai macam ni setelah penat kerja.Kata bos besar R&D, tahun 2010, makin banyak cabaran yang akan dilalui, banyak tekanan. Memang benar cakap dia, baru bulan mac, dah macam-macam dah ada, samaada pada orang lain mahupun diri aku. Sape aje yang tak tahan, mesti naik angin.
         Tema makanan kali ni, western food. Boleh tahan la jugak makanan kat sini. Tapi ada dengar jugak, budak-budak cakap, kuah chiken chop kureng sikit sedapnye...Ntahla, aku hantam je....Yang aku tak tahannya, Si Bibah dengan John ni asyik potong daging dieorang bagi kat aku.. penat aku kunyah.Ape pun yang bestnye, dapat kumpul ramai-ramai... Masa bersama macam ni bukan selalu dapat... hehe.. yang seronoknya, yang besar, semakin membesar manakala yang kecil semakin mengecil....

Moral : 1) Ingat bila makan, berhenti makan sebelum kenyang...
              2) Berdamailah bagi yang bermasam-masam muka.

Tiada ulasan: