Isnin, 22 Mac 2010

Pagi yang memeranjatkan

"Ring... Ring... Ring..." Bunyi telefon bimbit aku, menandakan  dah tiba waktu untuk aku bangun.
"Argh! Malasnya nak gi keje." Teriak aku dalam hati.
           Jam dah pukul 7.20pagi. Ni gara-gara tido lewat, nak bangun pagi pun tak sedar. Ape lagi kelam-kabut la aku pagi tadi. Azmi pun dah sampai tempat kerja agaknya. Dia ni lain sikit, tido lewat pun boleh bangun awal. Siap je aku mandi, terus bersiap pakai baju, seluar, aku terus capai beg yang baru aje aku beli kat jusco. Konon semangat untuk bangun pagi isnin la konon.
              " Dus! Dus! , aduh tak hidup la plak motor aku ni, dahla lewat dah nak gi keje" bising mulut aku masa tu.Aku tahu sangat motor aku ni, sabtu ahad kalau tak panaskan enjin, memang susah hidup.
           Jam pun dah 7.45pagi, baru nak hidup motor aku ni.Apa lagi, tak tunggu dah, terus aku pulas je minyak, sampai tak sempat nak angkat tangan pada pengawal keselamatan lorong umah aku. Selalu aku angkat tangan , hari ni disebabkan terlewat, macam ni la jadinya, dah macam lipas kudung jadinya.Kelajuan motor aku masa tu 100km/min terus dengan lajunya menuju ke tempat kerja aku,bonggol-bonggol jalan ku redah tanpa perlu menekan brek, lori, kereta semua aku potong.Sampai aje depan pintu pagar kilang, terkejut aku melihat, ramai HOD (Head Of  Department) sedang menunggu ketibaan pekerja-pekerjanya dengan senyuman sindiran yang medalam sehingga menusuk ke dalam hati.Ibarat dipanah cinta asmara.
             Masa tu aku dah agak dah ini mesti pasal ape yang nak dibuat oleh chairman 5S tahun ni.Ni la kejutan pertama mereka.PAgi ni semuanya terbongkarla siapa yandatang lewat selalu. Mujur pagi tadi aku " sempat "Punch Card" pukul 7.57pagi. Dalam hati, "Fuh, lega hati aku, tadi awal-awal pagi dah niat mai lewat, mujuq masuk awal'. Aku sempat sms kawan aku, tapi dia pun dah lewat sangat dah. Apa lagi, kantoi la dengan manager aku.Apa pun, kejutan pagi ini membuatkan semua pekerja rasa macam kelakar pun ada, ada yang muka ketat je. Di harap orang yang selalu datang lewat, dapat ubah diri masing-masing, termasuklah diri aku sendiri.Sama-sama kita muhasabah diri bagi meningkatkan prestasi kerja bersama.

Tiada ulasan: