Jumaat, 8 Januari 2010

Loghat Utara, mai belajaq...


Sapa2 tak balik utara dah lama tu bleh la practise.


Muka 1 PERKATAAN SEBUTAN MAKSUD CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT

ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...

selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..

ghona-ghoni [ gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

ghayup [gha.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!

ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..

nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!

bulog [bu.log] lapar sangat Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..

taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?

ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..

geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!

mod [mot] bawak pembonceng/ penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!

sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!

seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!



Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadiCemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hariMenyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagiMenghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak diacheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarinseneghih - berlaga sipi-sipibeghetoh - berlaga,pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"

mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"

pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"

cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

ayam piru - ayam belanda/turkeypak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudaraketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin



Heliaq - sapu atau lap

ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.

ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.

Baloq liat - malasayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.Ceghin - tegakKughuih Kelepiang - teramat kurus.

ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.



kawaq - pencurimelewaq- merayau/melilauteqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...cemerkap - tak cermatmegheben - mengarut celuih - muat,padanoklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..

idup kedah!!kedah boleh!!Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..." meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"pancat - pancitklesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq) segagan - sebayabeghemba - bersaing-saing. .. "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin... . met ngot - lembab selembab-lembabnya. ... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....

Toyu - kicapsegan - maluberanda - serambimengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)melugai - meloyatambahan loghat perelih :mengkait petei = jolok petaisurat abeik = surat khabarhang nak mulih no = hang nak mampuih kaloghat kedah versi paksu aku :akanduri akandara = kenduri kendarahastum = oiiitaik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betuiatah = bapa saudaraloghat kedah biasa :raba = pemadamtui motor = race motorsegan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)gurmit = pengasah pensil, sharpenner

tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...

tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)

telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...

pot - tin...

peqhak - peqhak buih laa hang niii...

teqhandaih - terhantuk...

seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi ...

seghoh = kuruih + gelapkelam = gelap tirih = bocoqplantaq = tempat duduk kat belakang gerek

serondoi = [ aku tak tau nak terang kat ampa. macam terpa la]

lau ayam = reban ayamcekendon = lembut lututketayap = kepiahban = batas tepi sungaiaih ketoi = ais batughelai = hancur

LORAT PENANGpunggah = macam musnah la kotchempera = terhegeh hegehjuah = belagakmerak buih = suka menunjukjora = macam belagak gak lasiru = peninloghat - sibuk, penyibuk

cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

punggai/tongkoi - baling,membaling

ayat:mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.

geleboq - lumpur

ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi...

meghela - gatai,suka dok kacau orang

ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?

lengai - mat ngot,lembab

ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...

belengaih - melekat bergetah

ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

pengkaq - kaki kenkang

ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.

bedengkoi -....

ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.

herot petot -(tolong bagi tau sat)

ayat:(tolong buat ayat sat...aku pun tak tau nak bagi ayat macam mana dah)

ghelin-menjeling

ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?

Keluarga ku




Buat korang semua, ni la aku punya keluarga kat Kedah... Masa ni kami buat "Family Day". Semua yang dalam gambar tu(Duduk atas kerusi) adalah anak dan menantu tok (nenek) aku. Ha... yang tengah pegang budak tu (2 dari kiri) ayah aku. Bukan senang nak berkumpul macam ni selalu.. Alhamdulillah adik beradik aku semua dah lepas belajar..Lega la sikit mak ayah aku...



Semoga mereka semua bahagia dan sehat hingga ke ahkir hayat.. Amin....

Pengalaman Ustaz Haron Din

Masuk Dalam Kaabah

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa:58)

Mahfumnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

 Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.

Dia mintak maaf tetapi dia kata Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?. Saya kata Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah. Dia kata Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka. Saya kata Tak apalah kamu arahlah. Dia kata Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain. Saya kata Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Selamat Tinggal 2009....

Hari ni, tanggal 9 Januari 2010..Dah bertambah dah usia aku, aku tetap sama mcm dulu... yang beza dari tahun 2009, ape yang adapat capai tahun lepas adalah dapat juga aku merasa beli kereta.Tak pernah terfikir pun tahun 2009 aku nak beli kereta, sebabnya dalam perancangan tak ada pun, tapi alhamdulliah aku dapat juga ada kereta. Ape yang tak diinginkan lagi, dapat dulu kire ok le.. So kena la jaga baik2 isteri pertama ni. Seperti orang cakap, bila dah ada kereta ni, kena la pandai2 simpan duit.. hehe... aku dah dapat rasa mcm mana rasa bila dah  11 bulan pakai kereta... boleh tahan la ragamnye, biasa le pakai kereta second hand. Nak beli kereta baru tak dapat, biasa la, loan tak lepas.Aku rasa korang kat luar sana mybe rasa sama mcm aku, maksud aku yang keje swasta la, yang kerajaan tu dah banyak keistimewaannye.. apply goverment tak dapat. Keje la ape yang dapat.. tapi alhamdullillah dengan keje skrg, boleh la dapat rasa lebih sikit dari dulu, gaji RM550 aje basic nye... OT kene la banyak.
             Ape lagi yang aku dapat rasa tahun lepas yang best adalah, bila aku dapat rasa balik kg, naik kereta sendiri bila hari raya... Aduh... rasa best sangat..Paling aku tak dapat lupa, peristiwa paling pahit aku dapat rasa dulu, akhirnya  tahun 2009 aku dapat juga buktikan aku mampu juga ada kereta. Peristiwa tu yang membawa aku ke arah perubahan. Mujurlah dierg lebih tua dari aku, so aku tak melawan walupun aku di pihak yang tak salah.Tahun lepas juga aku berjaya menyelamatkan diriku dari masuk wad.Hehe... biasa la org berpenyakit, so kene la berhati.. terima bos aku Zai, dan kawan yang baru muncul dalam lembah tekanan kerja.. hehe.. Org baru kita Mr. Gonggok kecil, tapi berbadan besar... tapi die best la, dial mewarnai tempat aku kej... Syakir... Dia ni kepala die lebih kurang bos aku je... Gila2 remaja.. Ape yang aku dapt simpulkan pada 2009 dalam diri aku tantang keje, aku kena improve kan lagi, sebab aku lemah.. so korang kat luar ang tension2 keje.. Kuatkan semangat k... Tak aku lupa juga tahun lepas, tahun kedua aku sambut Besday ngn kawn yang sma hari, sama bulan, dan sma tahun... dari segi keje aku respect die, memang gadis yang kuat la... keje... hehe...bukan kuat mengumpat tau.. aku dengar cite masa mula2 die keje dulu..die nak berhenti keje tak tahan, sbb tak tahu ape2 tentang keje, biasa la, study bidang lain, mcm aku juga, mujur bos aku bagi semangat.. so far so good la skrg, nak kata bagus tu tidak la.. boleh la merangkak naik..Gadis yang di maksudkan adalah.. Bibah....Aku dengar cite dari sumber2 yang boleh di percayai... die nak kawen tahun ni..2010.. semoga die berbahagia la dengan bakal suami nye nati...Amin...
             Tahun 2009 juga la, kenangan paling manis, adalah aku dapat naikkan berat badan aku dari dulu yang tak pernah naik2 pun.. skrang dah naik banyak.. Thanks la orang yang banyak bagi aku happy, banyak bagi semangat kat aku, banyak bagi aku makan.. kalau kuar tu, kena habiskan makanan die hehe..  thanks my gf... Nadia...family aku pun ter kejut bila aku balik kg, dieorg tengok aku dah berisi sikt.. Mybe sbb aku dapt banyak hilangkan stress aku bila dah ada kat tempat keje baru ni.. Kat sini juga, kadang2 penat sebab selalu balik lewat. banyak keje gak.. harap my gf, Nadia faham...  Tak lupa juga pada my family yang banyak ambil berat pasal kesihatan aku dan juga keje aku..

Akhir sekali aku doakan semoga semua dalam keadaan sihat, semoga tahun 2009 yang telah pergi mapmpu memberi dorongan dan pembakar semangat bago tahun 2010...

Wassalam...
              

Azimat Buat Lelaki

Berita Harian Online

Posted: 07 Jan 2010 05:04 PM PST

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Terima Kasuh kerana korang semua sudi baca...

Khamis, 7 Januari 2010

Kenangan tinggal Kenangan

Ni gambar aku masa kat IKTBN Sepang Selangor..Dieorg ntah kat mana sekarang, tapi yang pasti ramai dah kahwin.Dah ada anak pun dah ramai. Aku ingat lagi masa aku kat sana, aku ni selalu sakit, sampai pengajar kat sana boleh kata kenal aku sebab aku sakit. Thanks pada pelanggan2 aku kat hostel sana, Ni la TOKAN rokok kat sana, hehe... masa aku kat sana, duit elaun tak usik pun tak pe, duit bisnes pun dah cukup makan. Kat sana ramai tokan rokok, ada le satu hari tu temapat aku kena serbu, sebab ada orang report kat MPP (majlis Perwakilan Pelajar). Dieorang dengki pada aku sebab aku punya bisnes menjadi, pelanggan tak putus2. Memandangkan penjualan menggalakkkan aku pun bukak la satu lagi cawangan.Hehe.... Konon2 mcm francais le....hehe... last2 budak tu kena tangkap ngn MPP, tapi kejap je... dieorg mana berani cari gaduh.. hehe,... Perkara yang paling aku tak dapat lupa masa mula2 masuk IKTBN, masa bulan orientasi atau minggu siraturahim... Kami kena hantar pergi Port Dickson..Per... Tempat Kem PLKN. Em, masa tu aku timbul idea nak mengelakkan dari di dera dengan FC2 senior yang kerek mcm hampeh konon2 bagus Giler!!!!... Tapi ape yang aku nak cite ni, diharap dapat korang ambil pengajaran dari pengalaman aku ni.. Bila dah sampai kat sane, aku terPK satu plan... tapi plan ni aku sorang je akan buat. Satu hari dah kena buli teruk2, pada malam nya aku dengar, dierog nak buat program burung hantu....em, masa dieorg tinggal aku dalam hutan tula aku mula melakonkan watak org kena rasuk22...menjadi jugak lakonan aku tu.hehe...Dari dalam hutan dirg usung aku sampaila ke kem, dekat je dgn kem, aku buat-buat lari masuk hutann, em ape lagi mat sorg tu, kejar aku tak ingat dunia.. hehe.. kelakar jugak masa tu.. Bila dierg dah dapat pegang aku, dierg baringkan aku.. aku cakap lapar... dirg bagi aku biskut 4segi... em, manala aku mau, aku tau dieorg ada simpan biskut sedap... Ada la sorg Fc perempuan ni, die baik sgt, dia bocorkan rahsia dieorg ada simpan biskut sedap, em ape lagi, aku pun makan byk2. Hehe... Em, malam tu jugak dieorg bawa aku gi hospital PD. Sampai kat sana, aku di cucuk dengan 1 jarum, per!.... wat bodoh je aku. hehe.. aku tak tau ubat ape di cucuk.. MA je yang cucuk aku... Keesokkan harinya, aku rasa segar je badan aku, aku pun join le dieorg main sukaneka kat padang, lepas habis main, kami nak makan... Masa nak makan tu, aku rasa semacam je badan aku.. tersa nak minum air tak boleh gerak, pastu effectnya terus membuatkan semua urat saraf aku tertarik, kawan paling dekat dengan aku, adalah Mat Kodiang... Dia ingat aku tercekik,die gi tuang air dalam mulut aku, masa tu aku dah tak tau jadi apa ngn badab aku, sikit demi sedikit, badan menjadi kaku... Aku dibawa kek klinik terdekat, tapi doktor kata tak penah tgok mcm ni punya teruk... So aku dibawa ke hospital PD sekali lagi... masa tu la aku dapat rasa naik Ambulan kali pertama dalam hidup aku...Di sini lah bermulanya aku seorang pesakit..,Sampai je kat sana, Doktor pun tgok je, tak buat ape pun aku rsa,,,, samapila satu badan aku rasa sakit...Bila dah rasa sakit sangat, panggil nama mak aku pun dah tak boleh... Sedar2 dah keesokkan pagi, aku dah terlantar atas katil wad.Em, dahaga giler masa tu aku rasa... inagt2 lupa aku, 4 jug besar air suam aku minum tanpa henti... K. rasa kat sini dulu aku cite pasa bermulanya aku seorang pesakit....


MORAL DAN PENGAJARAN : Janganlah sesekali menipu yang boleh  mengakibatkan binasa diri sendiri.
lagi menarik di akan datang.... tunggu!!!!!

Erti sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....

Sendiri Fikir....Sahabat.

Salam sahabatku semua,


Kali ini aku terdetik untuk mengarang sedikit sebanyak berkaitan dengan isu seorang sahabat.Apa yang aku ingin gambarkan disini, dimanakah letaknya hati dan pemikiran seorang sahabat dalam erti kata seorang kawan.Aku sedikit tersinggung dan amat terasa hati walaupun sahabat-sahabat lain yang masih disisi mampu memberikan kecerian walaupun dalam ketiadaan seorang sahabat yang boleh dikatakan kwan rapat bila susah senang dulu.Lagi menyinggung perasaan aku pa bila seorang rakanku juga terkena tempiasnya. Malahan menjadi mangsa keadaan.Rakan seperjuangan yang terpaksa mencari sendiri duit untuk menampung perbelanjaan deposit rumah.Dia terpaksa berhutang, menahan lapar demi seorang sahabat yang makin tidak sabar mengejar limpahan duit gaji yang akan diterima. Dia mampu tersenyum walaupun setiap pagi, kaki dikuis dengan kaki oleh seorang yang dikatakan kawan rapat... Beradapkah cara itu untuk mengejutkan sahabat sendiri bangun dari tidur??? Pk dan renung2lah sahabatku yang lain dluar sana.Egois yang terlalu tinggi, perasaan tidak senang melihat sahabat lain senang jauh darinya yang menyebabkan, dirinya di hantui perasaan pendam yang amat mendalam sehinggakan mementing diri sendiri.


                Masihku ingat lagi masa dia mula-mula menjejak kaki dirumah besar ini, walaupun di dalamnya agak seperti rumah setinggan..dapur yang kotor, lantai tandas yang hitam, syiling yang penuh dengan serawang. Tapi itu semua tidak penting baginya..Masihku ingat lagi aku semasa dia tidur dia atas lantai, diriku ini lah yang sanggup menemaninya pergi ke tesco Damansara untuk membeli tilam lipat dengan hanya menaiki motorsikalku. Sedikit pun aku tidak minta diisikan minyak.Kadang-kadang sikapnya itu membuat orang tidak senang dengannya. Tapi dia menayalahkan orang lain...apa yang aku coretkan ini hanyalah untuk berkongsi dengan semua sahabat diluar sana, supaya jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit, dan janganlah mementingkan diri sendiri bila diri sudah senang. Ingatlah semua, biarkan semua ini menjadi pengajaran kepada sahabat2 diluar sana..
Aku harap dia cepat sedar apa yang telah dia lakukan, bagi diriku aku tidak kisah diperlakukan begini, tapi ingatlah kawan yang serumah yang hidup dalam tertekan menanti yang tak pasti,renung2kanlah supaya tidak terjadi pada diri sendiri... aku berpesan kepada diriku juga serta kawan yang sewaktu dengannya.


MORAL : Janganlah cepat lupa diri dan janganlah menjadi ego dengan perubahan diri yang ketara dalam kehidupan yang baru walaupun "live" semakin tiada.

Fatine Young



LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
         “Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya,” katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.
“Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,” kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.
“Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang,” tambahnya.
Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.



Isnin, 4 Januari 2010

Hakikat Cinta

Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika

Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita

Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba

Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku

Tersentuh hati ku....

Menyetuh perasaan, memang benar-benar tersentuh,
Sahabat yang tak ada hati je yang tak tersentuh, aku bukan ape malam ni memang rasa sedih dan kesian tengok kau...Walaupun tak terjadi pada aku,aku jugak tersa tempiasnya..Waktu kau dan aku lah kawan dia, bila senang, em... habuk pun tarak...
        "Rumah sewa ibarat R&R bagi kau, kalau balik rumah pun, bukan tenang........baik aku lepak umah kawan-kawan lain: katanya... aku faham rintahan seorang sahabat yang dalam kesusahan, namun apakan daya aku mampu tolong...
      " Tu la hang, dulu terburu-buru sangat nak ikut dia, urusan seri paduka baginda la konon...sekarang sapa yang baginda, dia ka, hang.."Kata aku pada dia...

Malam makin larut, dia masih kat umah aku lagi... mengeluh tak sudah, merintih tak berhenti... Aku hanya mampu memberi semangat untuk dia pergi juga kerja besok.. Kalu dia tak pergi kerja.. apa dia nak makn, sape lagi nak tolong bayar duit rumah sewa.Ada kawan serumah, bukan boleh dahulukan dulu duit sewa sekali.. bayar untuk diri sendiri je..Aku penah pada dia,
  "Macam la hang tak kenal dia,Mat dulu pun penah pesan kat aku, dia memang macam tu.. Kau nak harap dapat makan dia belanja pun susah, tambah2 apa yang dia cakap dulu, skarang dia dah jilat balik.. Hang percaya ka, mana ada laki buleh hidup tanpa perempuan...dahla... cukup malam ni,hang tidoq la kat sini... jangan fikir sangat.. " masing-masing kami terlelap...

Bersambung....

Jumaat, 1 Januari 2010

Bobby Oh Bobby...

Malam yang gembira... Bersama sahabatku... malas betol besok nak gi keje... Tension aku memikirkannya............ Hai, proreka............Bosan aku dengan penat, nyah saja kau pekat.. lebih pekat dari teh kelat.....

Korang layan la video ni..