Rabu, 31 Mac 2010

Gaduh...

(Gambar Sekadar Hiasan Untuk Nasihat)





(Gambar Sekadar Hiasan Untuk Nasihat)

Minggu ni asyik kena aje...

Mac mungkin bulan yang buat aku kena sound tepek aje. Tengok gambar sebelah, singa ada kat belakang.Korang faham apa maksud aku? hehe. mybe korang tak faham apa maksud aku. Tapi kalau ada yang faham tu, senyum-semyum dahla. Buat yang tak tahu tu, sini aku nak war-warkan ape kaitan singa tu dan perempuan?Pada lelaki kat luar sana tahu ke, perempuan yang garang akan dikaitan dengan binatang ape? mestila singa. haha... Minggu ni aku asyik kena sound je. kepala aku hari-hari sakit. Dengar je nama dan suara cukup mengerikan hingga ke pelusuk jiwa aku. Tidur pun boleh tak lena nak settle masalah yang kena berkomunikasi dengan orang yang cepat naik angin, tapi aku tahu dia ok orangnya, cuma aku je tak tau macam mana nak control dia bila dia naik angin, tu sebabla aku hari-hari kena sound tepek je minggu ni. Tak tau la lepas hari ni aku kena apa pulak. Setakat ni aje aku nak cite la pasal sound tepek. Sebelum mengakhiri coret-coret aku kali aku nak bagi mutiara kata ni kat semua orang. "Orang yang terbaik pendidikannya adalah mereka yang mendidik diri.Setiap orang dapat disebut terdidik jika belajar untuk memperolehi apa yang diinginkan dalam hidupnya tanpa melanggar hak-hak orang lain". Ok, enjoy your self. Salam.

" Aku Kena Sound Tepek"

               "Eeh korang jgn nak ajar awek aku bkn2... jgn nk ajar dia  ????????... jgn wat hal lah. " Mesej masuk dalam inbox aku. Aku pun tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh mamat ni tentang aku.Dulu aku pernah terima mesej berbaur macam ni jugak.Mujurla yang dulu tu awek aku, tapi dia yang berebut dengan aku, padahal aku pun tak faham, mana satu dia nak, tapi aku tak kisahlah tu kisah silam, biarkan ia jadi kenangan,
           Tapi, "HARI INI DALAM SEJARAH AKU" , tahun 2010, usia aku dah hampir 26tahun, "Wa kena beb!, saund tepek " Kata aku pada shah sambil tersenyum panjang.:-). Aku ingat usia aku sekarang ni dah tak berlaku hal-hal macam ni, ternyatalah ia hanya kelakar bagi aku dah Shah. Awek dia hanya sekadar kawan sekerja, malah macam adik beradik, tahu la batas berkawan, takkan la nak ajar benda bukan-bukan, tempat kerja siap ajar pengalaman kerja baru lagi pada awek dia.Tu untuk kemajuan dia pada masa hadapan. Hal-hal macam ni, kami rasa tak yahla nak sound-sound orang. Apa kata, kuar minum sama-sama, kenal sama, kami tak ada hal, jangan kerek tak betempat je, kami tak suka.Bak kata pepatah "Tak kenal, maka tak cinta".. "Lu Fikirlah sendiri, nanti kalau lu jumpa kami semua, kena la jaga air muka awek lu"

" Lu tuduh gua ajar bukan-bukan ke?"
(Gambar sekadar Hiasan)

                Aku, Aku kecik, Bib dan abang long tak kisah pun kalau sapa nak "sound". Tapi kena ingat, isu tu kami akan bawa masuk dalam dewan rakyat, untuk jadikan isu berbangkit. hehe.. masa tu tunggu jela apa kata ahli dewan.Kadang-kadang kita tak perasaan kita ni macam mana, diri aku pun kadang-kadang tak sedar sikap aku pada awek aku, tu la bagusnya ada kawan-kawan, dieorang boleh tegur. Mybe kita tak perasan sikap kita yang boleh membuatkan awek kita terasa hati ataupun sebaliknya. Aku berterima kasih sangat pada kawan-kawan rapat meja bulat aku yang sekarang hangat melontarkan kata-kata pembakar hati yang cukup pedas
                   "Wa... panas beb ngan kata-kata lu orang" Kata hati aku tau, bukan kata mulut aku. Tak sabar aku nak tunggu blog si Shah ni. Dia kata nak buat blog, tapi tak buat-buat. Hujung minggu ni aku and the geng nak gi mendaki Bukit Tabur. Tak tahu la aku larat ke tak. Dalam coret-coret aku kali ni, aku nak pesan je, jangan main tuduh-tuduh sebelum kenal orang itu.

MORAL : Janganlah menuduh orang tak tentu pasal, selidik ataupun cuba kenali dahulu sebelum menuduh.

Khamis, 25 Mac 2010

"Pintu Gerbang Kami"

" Blup.....! "Bunyi yang cukup menyiksakan..buat hati boleh jadi luluh.. ( Manusia menjerit dalam hati : woi! aku punya tu... aduh!!!!!).
                     Basah kuyup tangan manusia itu.Muka manusia itu masam purit (Masam gila2)... Kelihatan titisan air keluar dari matanya, tapi aku tahu, manusia itu mesti tengah cover sedih. Maklumlah keluar nanti, mestilah manusia lain akan menegurnya. Manusia itu termenung seketika...Tangannya menongkat dagu, matanya pejam celik..Dalam hati mesti dia tengah maki hamun "Pintu Gerbang kami" . Aku waktu itu dalam perjalanan mencari rezeki untuk menampung adik-adikku yang masih kecil.Aku ternampak ramai ketua-ketua cacing sedang berkumpul. Aku ingatkan ada orang lelong barang murah.Aku teruslah menrjah tempat itu.Rupa-rupanya, ada benda yang jatuh dari langit. Aku ingat lagi, waktu dulu, pernah jugak benda yang seakan sama jatuh dari langit.Waktu tu, aku sedang menarik bekalan makanan ke rumah, tiba-tiba, ada satu objek jatuh sebelah aje denganku. Terperanjat aku waktu tu.Objek tu besar, ada tertera pekataan "SONY ERICSSON". Objek hari ini seakan sama dengan objek yang jatuh hari ini..Tapi kali ni, tertera perkataan "NOKIA". Bunyinya dekat-dekat dengan tajuk lagu "Norkiah". Aku nampak pak belang (Polis trafik) sibuk mengawal lalulintas supaya tidak ramai cacing-cacing yan berhenti melihat kejadian aneh yang jarang-jarang dapat mereka lihat.
            Kedengaran suara ketua Pengarah Muzium Cacing-Cacing Tandas Sedunia menjerit :
        " Ketepi-ketepi, jangan tolak-tolak, kita kena tunggu bahagian r&d buat pemeriksaan dahulu, sama ada objek ini original atau AP. Selepas kita kenalpasti baru kita boleh bawa balik ke muzium".
( Ramai pemberita-pemberita TV dan wartawan-wartawan akhbar membuat liputan) Maklumlah berita hangat.
            " Zack Ca, mesti laku surat khabaq kita noh esok, mujuq hang rojer aku"Kata seekor wartawan cacing yang kebetulan lalu di situ dalam perjalanan ke pusat renang, bagi membuat liputan sukan luar dan dalam negara.Tidak lama kemudian kelihatan sebuah van Toyota datang, seekor pekerja muzium sibuk menyediakan kelengkapan untuk mengangkat objek itu. 10 minit kemudian, van itu pun hilang dari pandangan aku. Semua cacing-cacing di situ pun bersurai.Balik ke lubang rumah masing-masing.
                   Aku masih tidak dapat lupa wajah manusia itu.Kesian dia, ada seorang manusia ketawakan dia, sebabnya, duli pun dia pernah jugak, dermakan kepada Muzium Cacing-Cacing Sedunia. Objek yang tertera perkataan "SONY ERICSSON" tu la barangnya...Aku rasa dah sampai masa aku tido, sebab esok banyak lagi kerja aku nak buat. Ambil lah pengajaran dari cerita aku ini, apabila manusia masuk toilet, jangan lupa simpan objek-objek  KESAYANGAN  ditempat lain agar tidak ada yang jatuh lagi ke " Pintu Gerbang Kami"


MORAL : Sebelum masuk tandas, simpanlah barang-barang kesayangan di tempat lebih selamat.

Isnin, 22 Mac 2010

Pagi yang memeranjatkan

"Ring... Ring... Ring..." Bunyi telefon bimbit aku, menandakan  dah tiba waktu untuk aku bangun.
"Argh! Malasnya nak gi keje." Teriak aku dalam hati.
           Jam dah pukul 7.20pagi. Ni gara-gara tido lewat, nak bangun pagi pun tak sedar. Ape lagi kelam-kabut la aku pagi tadi. Azmi pun dah sampai tempat kerja agaknya. Dia ni lain sikit, tido lewat pun boleh bangun awal. Siap je aku mandi, terus bersiap pakai baju, seluar, aku terus capai beg yang baru aje aku beli kat jusco. Konon semangat untuk bangun pagi isnin la konon.
              " Dus! Dus! , aduh tak hidup la plak motor aku ni, dahla lewat dah nak gi keje" bising mulut aku masa tu.Aku tahu sangat motor aku ni, sabtu ahad kalau tak panaskan enjin, memang susah hidup.
           Jam pun dah 7.45pagi, baru nak hidup motor aku ni.Apa lagi, tak tunggu dah, terus aku pulas je minyak, sampai tak sempat nak angkat tangan pada pengawal keselamatan lorong umah aku. Selalu aku angkat tangan , hari ni disebabkan terlewat, macam ni la jadinya, dah macam lipas kudung jadinya.Kelajuan motor aku masa tu 100km/min terus dengan lajunya menuju ke tempat kerja aku,bonggol-bonggol jalan ku redah tanpa perlu menekan brek, lori, kereta semua aku potong.Sampai aje depan pintu pagar kilang, terkejut aku melihat, ramai HOD (Head Of  Department) sedang menunggu ketibaan pekerja-pekerjanya dengan senyuman sindiran yang medalam sehingga menusuk ke dalam hati.Ibarat dipanah cinta asmara.
             Masa tu aku dah agak dah ini mesti pasal ape yang nak dibuat oleh chairman 5S tahun ni.Ni la kejutan pertama mereka.PAgi ni semuanya terbongkarla siapa yandatang lewat selalu. Mujur pagi tadi aku " sempat "Punch Card" pukul 7.57pagi. Dalam hati, "Fuh, lega hati aku, tadi awal-awal pagi dah niat mai lewat, mujuq masuk awal'. Aku sempat sms kawan aku, tapi dia pun dah lewat sangat dah. Apa lagi, kantoi la dengan manager aku.Apa pun, kejutan pagi ini membuatkan semua pekerja rasa macam kelakar pun ada, ada yang muka ketat je. Di harap orang yang selalu datang lewat, dapat ubah diri masing-masing, termasuklah diri aku sendiri.Sama-sama kita muhasabah diri bagi meningkatkan prestasi kerja bersama.

Ahad, 21 Mac 2010

Mengertilah harapan mereka



(Gambar Sekadar Hiasan )


" Mir bangun, nak ikut tak?tak nak ikut dok umah" Kata Mie pada aku. Aku ingat sape tadi.Kepala aku masa tu masih lagi pening sebab tido tak cukup.Dalam kepala aku rasa malas je nak bangun, biasala hujung minggu memang kepala otak aku set macam ni.
                     Aku pun cakap kat Mie. "Pukoi (pukul) berapa hang nak pi? dah lewat ka?". Semalam aku memang ada plan nak ikut dia gi tolong abang-abang OKU tempat kerja aku gi Sentul terima sumbangan.Nak tak nak, pening kepala ke, ape ke, aku tetap kena bangun.Apa lagi aku terus jela bangun dari tido,terus capai tuala mandi, bukak pintu bilik air, gosok gigi...dan ape mandi la.hehe...Aku tahu Mie dah tunggu aku kat bawah. Aku pun mandi ala-ala koboi la.Asalkan bersabun sikit, gosok gigi, kire ok la..Lagi pun pagi-pagi tadi hujan.Dah siap je semua aku bersiap. Aku terus gerak terus ke van Mie. Dah siap semua, kami pun gerak la ke rumah abang Adam.Mie kata, tiga orang je ikut.Aku pun belum pernah sampai lagi umah abang Adam.Rupa-rupanya dekat je dengan umah membe aku . Aku belum pernah melihat isteri abang Adam, rupa-rupanya isteri dia pun OKU jugak. Masa tu dalam kepala aku, ni dikatakan jodoh.Allah telah tetapkan kepada semua umatnya, tak kira sempurna atau pun tak sempurna. Waktu aku terlihat seorang kanak-kanak kecil.Tertanya -tanya aku dalam kepala otak aku, siapa dia dalam rumah abg Adam.Budaknya Comel, badannya pu nampak sihat.Budak itu rupa-rupanya anak abang Adam.Ia sempurna seperti kanak- kanak kecil lain.Bertuah abang Adam dan isterinya, Kak Ina. Yang aku dengar Kak Ina cerita, waktu mengandungkan anak dia, dia guna alat pernafasan. Anak dia lahir tak cukup bulan, lahir masa kandungan 8bulan. Tapi  alhamdulliah semuanya, selamat, anaknya sempurna. Masa melahirkan anak dia, anak dia dah ada gigi satu, sebelah bawah. Itulah ciptaan tuhan, Allah maha kuasa.
                   Kah Ina memang petah berkata-kata, bagi aku dia peramah.Aku terasa tersentak hati melihat keluarga abang Adam, walaupun mereka OKU, mereka tabah melalui hidup. Paling tersentuh hati aku, semasa Kak Ina menceritakan aku semasa di temuramah oleh Astro. Dalam rancangan tu, dia meluahkan perasaan bagi mewakili semua insan-nsan teristimewa macam mereka.Mereka tak minta di lahirkan sebegitu rupa.
       "Mir, kau tahu, pemandu teksi pun mana nak ambil penumpang macam kami,OKU.Bagi dieorang, kami menyusahkan dieorang.Kami bayar mir tambang, bukan kami tak bayar, duit kami pun hasil dari titik peluh kami bekerja. Kalau nak naik komuter pun sama, Kami berkerusi roda, susah nak naik jejantas." Luah kak Ina pada aku.Kak Ina memang peramah orangnya, sama macam abang Adam dan anaknya.
          Bagi aku, pemandu teksi ni, kepala otak diorang letak kat mana?Hah?tapi aku faham, tak semua pemandu teksi macam tu. Harap-harap pemandu teksi kat luar sana tu, ada la sikit kesedaran sivik, berhati perut. Apa salahnya tolong, dapat jugak pahala, hasil dari duit tambang dari golongan macam ni., agar bertambah lagi rezeki korang kat luar sana pemandu teksi. Aku harap sangat korang sedar, mungkin sekarang korang semua sempurna, mana tau, suatu hari nanti nak di jadikan cerita korang terima nasib yang sama macam golongan OKU. Macam na perasaan korang bila dalam keadaan tu.
               Perjalanan memakan masa 45minit ke tempat yang kami nak tuju. Menyusur laju van Mie (Azmi Ahmad). Muatan penuh, keluarga Abang Adam dan keluarga abang Zaidi. Abang Zaidi jugak OKU, Aku minta maaf sebab tak dapat sertakan gambar dieorang semua sebab aku tak ada kemera.Handphone aku pun kamera tak ok.Sampai je kat sana memang sesak sikit jalan kat situ.Tapi tak ape, semuanya lalu lintas di kawal oleh anggota Rela yang bertugas."Terima kasih abang-abang rela". Kami turunkan abang Adam dan yang lain betul-betul depan pintu masuk.Ramai sukarelawan dan sukarelawati  datang membantu, yang ramainya dari kaum cina.Aku terharu jugak la, pertolongan mereka. Tiada isu perkauman, kaum India, Cina, Melayu, semua dapat bantuan.Kaum cina tak pilih kasih, bak kata abang Adam, kadang rasa malu jugak datang tempat cina, tapi dieorang memang tak kisah. Masa nyayian lagu NegaraKu, mata aku rasa macam berair, rupa-rupanya air mata aku keluar, sebab aku tak penah terasa dalam keadaam macam ni, dikelilingi semua golongan OKU, malah yang membuatka aku tersentuh hati, semua kaum dilayan sama, walaupun tu yayasan boleh dikatakan mejoriti smuanya kaum cina tapi dalam keadaan ni, semuanya bersatu dalam satu majlis yang harmoni.
                  Jam di tangan menunjukkan pukul 12. Majlis pun dah sampai ke penghujung.Sumbangan-sumbangan pun telah diagih-agihkan kepada semua golongan OKU, orang-orang tua. Minyak masak, beras, gula, milo dan sebagainya diberikan dalam satu plastik besar.Kami pun bergerak pulang. Alhamdulillah, masa lapang hari ni dah aku penuhi dengan aktiviti bergini memang penuh bermakna.Aku harap korang semua kat luar sana, kalau ternampak golongan-golongan itu, aku harap sangat korang membantu, samaada dari segi wang ringgit mahupun pertolongan dari segi lain.Dulu aku pernah rasa terkilan masa di stesen komuter, ada la sorang pak cik OKU (Buta), dia nak melintas masuk ke dalam tempat menunggu train, tapi susah nak masuk, ada ke patut semua orang tengok je, bukan nak tolong.Mujur watu tu aku baru je sampai. Bukan la aku nak kata aku hero ataupun baik sangat, cube korang pikir-pikirkan, kalau korang berada ditempat dia, macam na persaan korang?Lu pikirlah sendiri bak kata Nabi raja lawak. Korang tak ade elektrik kejap je kat umah pun dah bising, gelap.Ni kan pula orang buta, ape perasaan mereka? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Moral : 1) Tolong -menolonglah kepada golongan OKU.
             2) Pemandu teksi diharap terimalah penumpang dari golongan OKU, turut sama membantu bagi  
                mengamalkan cara hidup yang sihat.

Mutiara Kata :Alam itu semulajadi.Jika anda mampu melakukan perkara-perkara yang orang lain telah
                      berjaya lakukan.Anda sebenarnya merelakan diri anda untuk menikmati hasil yang sama apa
                      yang mereka miliki

Sabtu, 20 Mac 2010

Jelapang padi


                  (Gambar sekadar hiasan)

 Korang semua tahu ke gambar ape kat atas ni? Ni la dinamakan jelapang padi iaitu tempat menyimpan padi. Belakang umah aku ada lagi tetapi dah lama kami tak guna, sebabnya mak ayah aku dah tak tanam padi.Sekarang jelapang padi tu dah jadi tempat simpan barang-barang lama ataupun ape saja barang yang tak muat nak letak kat dalam umah, sini la tempatnye.. hehe.. Banyak lagi bentuk jelapang padi, ada yang besar, dan ada yang kecil....

Jumaat, 19 Mac 2010

Kenangan tinggal Kenangan


Ni gambar aku masa kat IKTBN Sepang Selangor..Dieorg ntah kat mana sekarang, tapi yang pasti ramai dah kahwin.Dah ada anak pun dah ramai. Aku ingat lagi masa aku kat sana, aku ni selalu sakit, sampai pengajar kat sana boleh kata kenal aku sebab aku sakit. Thanks pada pelanggan2 aku kat hostel sana, Ni la TOKAN rokok kat sana, hehe... masa aku kat sana, duit elaun tak usik pun tak pe, duit bisnes pun dah cukup makan. Kat sana ramai tokan rokok, ada le satu hari tu temapat aku kena serbu, sebab ada orang report kat MPP (majlis Perwakilan Pelajar). Dieorang dengki pada aku sebab aku punya bisnes menjadi, pelanggan tak putus2. Memandangkan penjualan menggalakkkan aku pun bukak la satu lagi cawangan.Hehe.... Konon2 mcm francais le....hehe... last2 budak tu kena tangkap ngn MPP, tapi kejap je... dieorg mana berani cari gaduh.. hehe,... Perkara yang paling aku tak dapat lupa masa mula2 masuk IKTBN, masa bulan orientasi atau minggu siraturahim... Kami kena hantar pergi Port Dickson..Per... Tempat Kem PLKN. Em, masa tu aku timbul idea nak mengelakkan dari di dera dengan FC2 senior yang kerek mcm hampeh konon2 bagus Giler!!!!... Tapi ape yang aku nak cite ni, diharap dapat korang ambil pengajaran dari pengalaman aku ni.. Bila dah sampai kat sane, aku terPK satu plan... tapi plan ni aku sorang je akan buat. Satu hari dah kena buli teruk2, pada malam nya aku dengar, dierog nak buat program burung hantu....em, masa dieorg tinggal aku dalam hutan tula aku mula melakonkan watak org kena rasuk22...menjadi jugak lakonan aku tu.hehe...Dari dalam hutan dirg usung aku sampaila ke kem, dekat je dgn kem, aku buat-buat lari masuk hutann, em ape lagi mat sorg tu, kejar aku tak ingat dunia.. hehe.. kelakar jugak masa tu.. Bila dierg dah dapat pegang aku, dierg baringkan aku.. aku cakap lapar... dirg bagi aku biskut 4segi... em, manala aku mau, aku tau dieorg ada simpan biskut sedap... Ada la sorg Fc perempuan ni, die baik sgt, dia bocorkan rahsia dieorg ada simpan biskut sedap, em ape lagi, aku pun makan byk2. Hehe... Em, malam tu jugak dieorg bawa aku gi hospital PD. Sampai kat sana, aku di cucuk dengan 1 jarum, per!.... wat bodoh je aku. hehe.. aku tak tau ubat ape di cucuk.. MA je yang cucuk aku... Keesokkan harinya, aku rasa segar je badan aku, aku pun join le dieorg main sukaneka kat padang, lepas habis main, kami nak makan... Masa nak makan tu, aku rasa semacam je badan aku.. tersa nak minum air tak boleh gerak, pastu effectnya terus membuatkan semua urat saraf aku tertarik, kawan paling dekat dengan aku, adalah Mat Kodiang... Dia ingat aku tercekik,die gi tuang air dalam mulut aku, masa tu aku dah tak tau jadi apa ngn badab aku, sikit demi sedikit, badan menjadi kaku... Aku dibawa kek klinik terdekat, tapi doktor kata tak penah tgok mcm ni punya teruk... So aku dibawa ke hospital PD sekali lagi... masa tu la aku dapat rasa naik Ambulan kali pertama dalam hidup aku...Di sini lah bermulanya aku seorang pesakit..,Sampai je kat sana, Doktor pun tgok je, tak buat ape pun aku rsa,,,, samapila satu badan aku rasa sakit...Bila dah rasa sakit sangat, panggil nama mak aku pun dah tak boleh... Sedar2 dah keesokkan pagi, aku dah terlantar atas katil wad.Em, dahaga giler masa tu aku rasa... inagt2 lupa aku, 4 jug besar air suam aku minum tanpa henti... K. rasa kat sini dulu aku cite pasa bermulanya aku seorang pesakit....

MORAL DAN PENGAJARAN : Janganlah sesekali menipu yang boleh 
mengakibatkan binasa diri sendiri.

lagi menarik di akan datang.... tunggu!!!!!

Sakit Jiwa



Memori memang indah...ada juga yang tak indah... tu adat la hidup didunia...hari ni aku mengimbau kembali kenangan aku kat tempat kerja lama aku, di Sungai petani kedah.Walaupun bergaji kecil, hidup boleh dikatakan mewah, tak seperti di bandar besar ni sekrang...Biasala, taraf hidup tinggi.Kenangan aku kat kilang Greenpoint memang tak dapat aku lupakan..Disini aku mempelajari banyak pengalaman yang berguna untuk aku bawa ke tempat kerja lain.Memang orang cakap senang jadi orang pangkat,main mengarah je, macam pengarah filem box office.Hehe... Dengar macam best je... tapi sebenarnya bukan senang seperti dipandang.Sekiranya tak ada kesabaran yang tinggi, ciri2 kepimpinan yang bagus,mesti perjalanan kerja menjadi kucar kacir.Memang boleh dikatakan susah untuk menjadi pemimpin, ape yang aku rasa kat Greenpoint memang best jugak le... tiap hari nak kena melayan kerenah technician ngan operator... dieorng macam2 perangai, hari2 gaduh.. dah la tak faham bahasa melayu, nak plak aku ni bukan pandai sangat cakap bahasa inggeris...Em, operator aku ada melayu dan vietnam, manakala technician plak myammar..Department aku buat screen hp, mcm sony ericson W810i... Ha... gambar kat sebelah tu adalah sebahagian orang bawahan aku... tu tak cukup lagi semua dalam gambar tu.. Em, yang aku geramnye setiap kali operator masuk, aku selalu dapat yang tua2, yang awek2 semua bahagian lain dah pilih awal. Ingat senang ke nak training dieorang, baca pun tak berapa nak pandai, em adal satu kumpulan yang masuki masa tu, untie2 indian, perl, susah giler aku nak mengajar, bila marah sikit, merajuk... em, layan jela... kalau tak, production tak boleh jalan.. Pengalaman macam ni bukan senang nak dapat...Lagi 1 pengalaman yang tak dapat aku lupa, bila ada operator yang kena rasuk waktu kerja malam. Huh, naik seram di buatnye... aku terpaksa le lalui semua ni.. Bila dah rasuk sorang, Natang Jin tu akan rasuk sorang lagi.. Kat sini aku paparkan sekali Video kejadian yang sempat kawan aku rakam guna hp aku. Keesokkan hari nya aku terus demam, dah la demam.MAsa 

Ayeem Burger....

11 Mac 2010, majlis pertama yang diadakan dalam tahun 2010.Majlis kali ni diadakan di Ayeem Burger, Sg. Plong, Sungai Buloh. Bukan senag nak kumpul ramai-ramai macam ni setelah penat kerja.Kata bos besar R&D, tahun 2010, makin banyak cabaran yang akan dilalui, banyak tekanan. Memang benar cakap dia, baru bulan mac, dah macam-macam dah ada, samaada pada orang lain mahupun diri aku. Sape aje yang tak tahan, mesti naik angin.
         Tema makanan kali ni, western food. Boleh tahan la jugak makanan kat sini. Tapi ada dengar jugak, budak-budak cakap, kuah chiken chop kureng sikit sedapnye...Ntahla, aku hantam je....Yang aku tak tahannya, Si Bibah dengan John ni asyik potong daging dieorang bagi kat aku.. penat aku kunyah.Ape pun yang bestnye, dapat kumpul ramai-ramai... Masa bersama macam ni bukan selalu dapat... hehe.. yang seronoknya, yang besar, semakin membesar manakala yang kecil semakin mengecil....

Moral : 1) Ingat bila makan, berhenti makan sebelum kenyang...
              2) Berdamailah bagi yang bermasam-masam muka.

Rabu, 17 Mac 2010

Tahniah.........

Jam pukul 1.15pagi. Dari mula kenal, sampai sekarang dah berjaya.. Bagusla, dulu banyak aku korban untuk dia. Sungai petani atau Sik ke Parit Buntar bagi ku dulu bukannya jauh kalau dulu hangat sangat bercinta. Tapi sekarang kalau aku di suruh buat lagi sekali ke sana, Fuh! fikir banyak kali jugak.. Hehehe.. Dulu, hujan, panas smua aku redah... em, ape pun tak pe lah, yang lama kita jadi kan kenangan dan pengajaran. Terima kasih sebab kau dulu sudi singgah dalam hati aku,,  Tahniah sebab dah berjaya. Dah habis konvo pun.. Tahniah..
Semoaga dapat keje dan jangan lupe kalau kawen panggil aku kat sini...

Termenung sendirian..

Sekali pandang nampak macam tenang je kawan aku ni.Tapi di dalam siapa tahu.Kadang-kadang nampak dia gembira, tapi sebenarnya di dalam amat pahit.. bak kata dirinya.. "Aku telan segalanya. Memandangkan petang tu aku tengok dia macam ada masalah je,, aku ajak la dia gi satu tempat ni.Aku selalu gi tempat ni. Sambil dengar orang main muzik dan menyanyi.Sedap jugak dia org menyanyi.
        " Mie, ok tak tempat ni, kalau ok kita duduk lama sikit kat sini, layan sambil tenangkan kepala otak hang yang  sepanjang hari pikir pasal keja. Aku tau bukan senang jadi ketua.Anak buah kalau yang dapat, ok, ok lah jadi nya. Kalau tak ok, em, alamatnya... pecah kepala la nak layan keja yang dia tinggal.. perangai dia biarla.. keja tu lagi kena pikir..Sabar ya Mie" Kata aku kat Mie.
           Waktu tu, jam kat tangan aku dah tunjuk 7.30mlm.. Kami pun gerak gi surau.Ramai jugak orang kat surau.. rasa tenang ja bila dalam surau.Habis ja sembahyang aku terus gerak keluar, aku nampak je kerusi, aku terus duduk. Kebetulan duduk sebelah pak cik ni, dia tengah tunggu anak dia. Sambil borak-borak dengan dia, dia tanya.
            " Datang dari mana? beli barang ke?"
               Tanya pak cik tu kat aku.
            " Saja jalan-jalan je, tenangkan fikiran. Asyik keje je... penat gak, tambah2 ada masalah           
             dengan anak buah.." Jawab aku.
          Jawapan aku sebenarnya nak pancing dia, mana tau dia pendangan atau nasihat yang berguna untuk aku dan Azmi.Ternyataan jangkaan aku tidak salah.. Dia memberi nasihat yan baik untuk kami berdua, setelah aku cerita je masalah aku... Jawapan dia senang je,


"kalau dah banyak kali kita tegur anak buah kita tu, tak dengar jugak. Biarkan je, nati dia sendiri yang kena.Diri sendiri tak nak improve, asyik ckap kosong, tak guna jugak... Sabar ye nak... "
Kata pak cik tu pada kami. Dalam berapa minit kemudian kami pun gerak nak balik.. Pak cik tu pun dah nak balik... ikut anak dia...