Ahad, 21 Mac 2010

Mengertilah harapan mereka



(Gambar Sekadar Hiasan )


" Mir bangun, nak ikut tak?tak nak ikut dok umah" Kata Mie pada aku. Aku ingat sape tadi.Kepala aku masa tu masih lagi pening sebab tido tak cukup.Dalam kepala aku rasa malas je nak bangun, biasala hujung minggu memang kepala otak aku set macam ni.
                     Aku pun cakap kat Mie. "Pukoi (pukul) berapa hang nak pi? dah lewat ka?". Semalam aku memang ada plan nak ikut dia gi tolong abang-abang OKU tempat kerja aku gi Sentul terima sumbangan.Nak tak nak, pening kepala ke, ape ke, aku tetap kena bangun.Apa lagi aku terus jela bangun dari tido,terus capai tuala mandi, bukak pintu bilik air, gosok gigi...dan ape mandi la.hehe...Aku tahu Mie dah tunggu aku kat bawah. Aku pun mandi ala-ala koboi la.Asalkan bersabun sikit, gosok gigi, kire ok la..Lagi pun pagi-pagi tadi hujan.Dah siap je semua aku bersiap. Aku terus gerak terus ke van Mie. Dah siap semua, kami pun gerak la ke rumah abang Adam.Mie kata, tiga orang je ikut.Aku pun belum pernah sampai lagi umah abang Adam.Rupa-rupanya dekat je dengan umah membe aku . Aku belum pernah melihat isteri abang Adam, rupa-rupanya isteri dia pun OKU jugak. Masa tu dalam kepala aku, ni dikatakan jodoh.Allah telah tetapkan kepada semua umatnya, tak kira sempurna atau pun tak sempurna. Waktu aku terlihat seorang kanak-kanak kecil.Tertanya -tanya aku dalam kepala otak aku, siapa dia dalam rumah abg Adam.Budaknya Comel, badannya pu nampak sihat.Budak itu rupa-rupanya anak abang Adam.Ia sempurna seperti kanak- kanak kecil lain.Bertuah abang Adam dan isterinya, Kak Ina. Yang aku dengar Kak Ina cerita, waktu mengandungkan anak dia, dia guna alat pernafasan. Anak dia lahir tak cukup bulan, lahir masa kandungan 8bulan. Tapi  alhamdulliah semuanya, selamat, anaknya sempurna. Masa melahirkan anak dia, anak dia dah ada gigi satu, sebelah bawah. Itulah ciptaan tuhan, Allah maha kuasa.
                   Kah Ina memang petah berkata-kata, bagi aku dia peramah.Aku terasa tersentak hati melihat keluarga abang Adam, walaupun mereka OKU, mereka tabah melalui hidup. Paling tersentuh hati aku, semasa Kak Ina menceritakan aku semasa di temuramah oleh Astro. Dalam rancangan tu, dia meluahkan perasaan bagi mewakili semua insan-nsan teristimewa macam mereka.Mereka tak minta di lahirkan sebegitu rupa.
       "Mir, kau tahu, pemandu teksi pun mana nak ambil penumpang macam kami,OKU.Bagi dieorang, kami menyusahkan dieorang.Kami bayar mir tambang, bukan kami tak bayar, duit kami pun hasil dari titik peluh kami bekerja. Kalau nak naik komuter pun sama, Kami berkerusi roda, susah nak naik jejantas." Luah kak Ina pada aku.Kak Ina memang peramah orangnya, sama macam abang Adam dan anaknya.
          Bagi aku, pemandu teksi ni, kepala otak diorang letak kat mana?Hah?tapi aku faham, tak semua pemandu teksi macam tu. Harap-harap pemandu teksi kat luar sana tu, ada la sikit kesedaran sivik, berhati perut. Apa salahnya tolong, dapat jugak pahala, hasil dari duit tambang dari golongan macam ni., agar bertambah lagi rezeki korang kat luar sana pemandu teksi. Aku harap sangat korang sedar, mungkin sekarang korang semua sempurna, mana tau, suatu hari nanti nak di jadikan cerita korang terima nasib yang sama macam golongan OKU. Macam na perasaan korang bila dalam keadaan tu.
               Perjalanan memakan masa 45minit ke tempat yang kami nak tuju. Menyusur laju van Mie (Azmi Ahmad). Muatan penuh, keluarga Abang Adam dan keluarga abang Zaidi. Abang Zaidi jugak OKU, Aku minta maaf sebab tak dapat sertakan gambar dieorang semua sebab aku tak ada kemera.Handphone aku pun kamera tak ok.Sampai je kat sana memang sesak sikit jalan kat situ.Tapi tak ape, semuanya lalu lintas di kawal oleh anggota Rela yang bertugas."Terima kasih abang-abang rela". Kami turunkan abang Adam dan yang lain betul-betul depan pintu masuk.Ramai sukarelawan dan sukarelawati  datang membantu, yang ramainya dari kaum cina.Aku terharu jugak la, pertolongan mereka. Tiada isu perkauman, kaum India, Cina, Melayu, semua dapat bantuan.Kaum cina tak pilih kasih, bak kata abang Adam, kadang rasa malu jugak datang tempat cina, tapi dieorang memang tak kisah. Masa nyayian lagu NegaraKu, mata aku rasa macam berair, rupa-rupanya air mata aku keluar, sebab aku tak penah terasa dalam keadaam macam ni, dikelilingi semua golongan OKU, malah yang membuatka aku tersentuh hati, semua kaum dilayan sama, walaupun tu yayasan boleh dikatakan mejoriti smuanya kaum cina tapi dalam keadaan ni, semuanya bersatu dalam satu majlis yang harmoni.
                  Jam di tangan menunjukkan pukul 12. Majlis pun dah sampai ke penghujung.Sumbangan-sumbangan pun telah diagih-agihkan kepada semua golongan OKU, orang-orang tua. Minyak masak, beras, gula, milo dan sebagainya diberikan dalam satu plastik besar.Kami pun bergerak pulang. Alhamdulillah, masa lapang hari ni dah aku penuhi dengan aktiviti bergini memang penuh bermakna.Aku harap korang semua kat luar sana, kalau ternampak golongan-golongan itu, aku harap sangat korang membantu, samaada dari segi wang ringgit mahupun pertolongan dari segi lain.Dulu aku pernah rasa terkilan masa di stesen komuter, ada la sorang pak cik OKU (Buta), dia nak melintas masuk ke dalam tempat menunggu train, tapi susah nak masuk, ada ke patut semua orang tengok je, bukan nak tolong.Mujur watu tu aku baru je sampai. Bukan la aku nak kata aku hero ataupun baik sangat, cube korang pikir-pikirkan, kalau korang berada ditempat dia, macam na persaan korang?Lu pikirlah sendiri bak kata Nabi raja lawak. Korang tak ade elektrik kejap je kat umah pun dah bising, gelap.Ni kan pula orang buta, ape perasaan mereka? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Moral : 1) Tolong -menolonglah kepada golongan OKU.
             2) Pemandu teksi diharap terimalah penumpang dari golongan OKU, turut sama membantu bagi  
                mengamalkan cara hidup yang sihat.

Mutiara Kata :Alam itu semulajadi.Jika anda mampu melakukan perkara-perkara yang orang lain telah
                      berjaya lakukan.Anda sebenarnya merelakan diri anda untuk menikmati hasil yang sama apa
                      yang mereka miliki

Tiada ulasan: