Khamis, 1 April 2010

Perginya permata pelawak Kita.. Al-Fatihah.

12.30am, 2 April 2010, adalah satu tarikh yang cukup memberi kesan kepada negara, negara kehilangan seorang pelawak yang berbakat besar yang mampu mewarnai kehidupan rakyat malaysia dengan telotehnya, lawaknya mampu menghilangkan stress kerja.Pemergian allahyarham, adalah satu kehilangan besar dalam industri seni lawak negara. Itulah DIN BERAMBOI. Nama besar yang telah menjadikan dia popular dan menjadikan semua peminat mengenalinya.Sama-sama kita sedekah al-Fatihah kepada allahyarham.. -Al- Fatihah-





Rabu, 31 Mac 2010

Gaduh...

(Gambar Sekadar Hiasan Untuk Nasihat)





(Gambar Sekadar Hiasan Untuk Nasihat)

Minggu ni asyik kena aje...

Mac mungkin bulan yang buat aku kena sound tepek aje. Tengok gambar sebelah, singa ada kat belakang.Korang faham apa maksud aku? hehe. mybe korang tak faham apa maksud aku. Tapi kalau ada yang faham tu, senyum-semyum dahla. Buat yang tak tahu tu, sini aku nak war-warkan ape kaitan singa tu dan perempuan?Pada lelaki kat luar sana tahu ke, perempuan yang garang akan dikaitan dengan binatang ape? mestila singa. haha... Minggu ni aku asyik kena sound je. kepala aku hari-hari sakit. Dengar je nama dan suara cukup mengerikan hingga ke pelusuk jiwa aku. Tidur pun boleh tak lena nak settle masalah yang kena berkomunikasi dengan orang yang cepat naik angin, tapi aku tahu dia ok orangnya, cuma aku je tak tau macam mana nak control dia bila dia naik angin, tu sebabla aku hari-hari kena sound tepek je minggu ni. Tak tau la lepas hari ni aku kena apa pulak. Setakat ni aje aku nak cite la pasal sound tepek. Sebelum mengakhiri coret-coret aku kali aku nak bagi mutiara kata ni kat semua orang. "Orang yang terbaik pendidikannya adalah mereka yang mendidik diri.Setiap orang dapat disebut terdidik jika belajar untuk memperolehi apa yang diinginkan dalam hidupnya tanpa melanggar hak-hak orang lain". Ok, enjoy your self. Salam.

" Aku Kena Sound Tepek"

               "Eeh korang jgn nak ajar awek aku bkn2... jgn nk ajar dia  ????????... jgn wat hal lah. " Mesej masuk dalam inbox aku. Aku pun tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh mamat ni tentang aku.Dulu aku pernah terima mesej berbaur macam ni jugak.Mujurla yang dulu tu awek aku, tapi dia yang berebut dengan aku, padahal aku pun tak faham, mana satu dia nak, tapi aku tak kisahlah tu kisah silam, biarkan ia jadi kenangan,
           Tapi, "HARI INI DALAM SEJARAH AKU" , tahun 2010, usia aku dah hampir 26tahun, "Wa kena beb!, saund tepek " Kata aku pada shah sambil tersenyum panjang.:-). Aku ingat usia aku sekarang ni dah tak berlaku hal-hal macam ni, ternyatalah ia hanya kelakar bagi aku dah Shah. Awek dia hanya sekadar kawan sekerja, malah macam adik beradik, tahu la batas berkawan, takkan la nak ajar benda bukan-bukan, tempat kerja siap ajar pengalaman kerja baru lagi pada awek dia.Tu untuk kemajuan dia pada masa hadapan. Hal-hal macam ni, kami rasa tak yahla nak sound-sound orang. Apa kata, kuar minum sama-sama, kenal sama, kami tak ada hal, jangan kerek tak betempat je, kami tak suka.Bak kata pepatah "Tak kenal, maka tak cinta".. "Lu Fikirlah sendiri, nanti kalau lu jumpa kami semua, kena la jaga air muka awek lu"

" Lu tuduh gua ajar bukan-bukan ke?"
(Gambar sekadar Hiasan)

                Aku, Aku kecik, Bib dan abang long tak kisah pun kalau sapa nak "sound". Tapi kena ingat, isu tu kami akan bawa masuk dalam dewan rakyat, untuk jadikan isu berbangkit. hehe.. masa tu tunggu jela apa kata ahli dewan.Kadang-kadang kita tak perasaan kita ni macam mana, diri aku pun kadang-kadang tak sedar sikap aku pada awek aku, tu la bagusnya ada kawan-kawan, dieorang boleh tegur. Mybe kita tak perasan sikap kita yang boleh membuatkan awek kita terasa hati ataupun sebaliknya. Aku berterima kasih sangat pada kawan-kawan rapat meja bulat aku yang sekarang hangat melontarkan kata-kata pembakar hati yang cukup pedas
                   "Wa... panas beb ngan kata-kata lu orang" Kata hati aku tau, bukan kata mulut aku. Tak sabar aku nak tunggu blog si Shah ni. Dia kata nak buat blog, tapi tak buat-buat. Hujung minggu ni aku and the geng nak gi mendaki Bukit Tabur. Tak tahu la aku larat ke tak. Dalam coret-coret aku kali ni, aku nak pesan je, jangan main tuduh-tuduh sebelum kenal orang itu.

MORAL : Janganlah menuduh orang tak tentu pasal, selidik ataupun cuba kenali dahulu sebelum menuduh.

Khamis, 25 Mac 2010

"Pintu Gerbang Kami"

" Blup.....! "Bunyi yang cukup menyiksakan..buat hati boleh jadi luluh.. ( Manusia menjerit dalam hati : woi! aku punya tu... aduh!!!!!).
                     Basah kuyup tangan manusia itu.Muka manusia itu masam purit (Masam gila2)... Kelihatan titisan air keluar dari matanya, tapi aku tahu, manusia itu mesti tengah cover sedih. Maklumlah keluar nanti, mestilah manusia lain akan menegurnya. Manusia itu termenung seketika...Tangannya menongkat dagu, matanya pejam celik..Dalam hati mesti dia tengah maki hamun "Pintu Gerbang kami" . Aku waktu itu dalam perjalanan mencari rezeki untuk menampung adik-adikku yang masih kecil.Aku ternampak ramai ketua-ketua cacing sedang berkumpul. Aku ingatkan ada orang lelong barang murah.Aku teruslah menrjah tempat itu.Rupa-rupanya, ada benda yang jatuh dari langit. Aku ingat lagi, waktu dulu, pernah jugak benda yang seakan sama jatuh dari langit.Waktu tu, aku sedang menarik bekalan makanan ke rumah, tiba-tiba, ada satu objek jatuh sebelah aje denganku. Terperanjat aku waktu tu.Objek tu besar, ada tertera pekataan "SONY ERICSSON". Objek hari ini seakan sama dengan objek yang jatuh hari ini..Tapi kali ni, tertera perkataan "NOKIA". Bunyinya dekat-dekat dengan tajuk lagu "Norkiah". Aku nampak pak belang (Polis trafik) sibuk mengawal lalulintas supaya tidak ramai cacing-cacing yan berhenti melihat kejadian aneh yang jarang-jarang dapat mereka lihat.
            Kedengaran suara ketua Pengarah Muzium Cacing-Cacing Tandas Sedunia menjerit :
        " Ketepi-ketepi, jangan tolak-tolak, kita kena tunggu bahagian r&d buat pemeriksaan dahulu, sama ada objek ini original atau AP. Selepas kita kenalpasti baru kita boleh bawa balik ke muzium".
( Ramai pemberita-pemberita TV dan wartawan-wartawan akhbar membuat liputan) Maklumlah berita hangat.
            " Zack Ca, mesti laku surat khabaq kita noh esok, mujuq hang rojer aku"Kata seekor wartawan cacing yang kebetulan lalu di situ dalam perjalanan ke pusat renang, bagi membuat liputan sukan luar dan dalam negara.Tidak lama kemudian kelihatan sebuah van Toyota datang, seekor pekerja muzium sibuk menyediakan kelengkapan untuk mengangkat objek itu. 10 minit kemudian, van itu pun hilang dari pandangan aku. Semua cacing-cacing di situ pun bersurai.Balik ke lubang rumah masing-masing.
                   Aku masih tidak dapat lupa wajah manusia itu.Kesian dia, ada seorang manusia ketawakan dia, sebabnya, duli pun dia pernah jugak, dermakan kepada Muzium Cacing-Cacing Sedunia. Objek yang tertera perkataan "SONY ERICSSON" tu la barangnya...Aku rasa dah sampai masa aku tido, sebab esok banyak lagi kerja aku nak buat. Ambil lah pengajaran dari cerita aku ini, apabila manusia masuk toilet, jangan lupa simpan objek-objek  KESAYANGAN  ditempat lain agar tidak ada yang jatuh lagi ke " Pintu Gerbang Kami"


MORAL : Sebelum masuk tandas, simpanlah barang-barang kesayangan di tempat lebih selamat.

Isnin, 22 Mac 2010

Pagi yang memeranjatkan

"Ring... Ring... Ring..." Bunyi telefon bimbit aku, menandakan  dah tiba waktu untuk aku bangun.
"Argh! Malasnya nak gi keje." Teriak aku dalam hati.
           Jam dah pukul 7.20pagi. Ni gara-gara tido lewat, nak bangun pagi pun tak sedar. Ape lagi kelam-kabut la aku pagi tadi. Azmi pun dah sampai tempat kerja agaknya. Dia ni lain sikit, tido lewat pun boleh bangun awal. Siap je aku mandi, terus bersiap pakai baju, seluar, aku terus capai beg yang baru aje aku beli kat jusco. Konon semangat untuk bangun pagi isnin la konon.
              " Dus! Dus! , aduh tak hidup la plak motor aku ni, dahla lewat dah nak gi keje" bising mulut aku masa tu.Aku tahu sangat motor aku ni, sabtu ahad kalau tak panaskan enjin, memang susah hidup.
           Jam pun dah 7.45pagi, baru nak hidup motor aku ni.Apa lagi, tak tunggu dah, terus aku pulas je minyak, sampai tak sempat nak angkat tangan pada pengawal keselamatan lorong umah aku. Selalu aku angkat tangan , hari ni disebabkan terlewat, macam ni la jadinya, dah macam lipas kudung jadinya.Kelajuan motor aku masa tu 100km/min terus dengan lajunya menuju ke tempat kerja aku,bonggol-bonggol jalan ku redah tanpa perlu menekan brek, lori, kereta semua aku potong.Sampai aje depan pintu pagar kilang, terkejut aku melihat, ramai HOD (Head Of  Department) sedang menunggu ketibaan pekerja-pekerjanya dengan senyuman sindiran yang medalam sehingga menusuk ke dalam hati.Ibarat dipanah cinta asmara.
             Masa tu aku dah agak dah ini mesti pasal ape yang nak dibuat oleh chairman 5S tahun ni.Ni la kejutan pertama mereka.PAgi ni semuanya terbongkarla siapa yandatang lewat selalu. Mujur pagi tadi aku " sempat "Punch Card" pukul 7.57pagi. Dalam hati, "Fuh, lega hati aku, tadi awal-awal pagi dah niat mai lewat, mujuq masuk awal'. Aku sempat sms kawan aku, tapi dia pun dah lewat sangat dah. Apa lagi, kantoi la dengan manager aku.Apa pun, kejutan pagi ini membuatkan semua pekerja rasa macam kelakar pun ada, ada yang muka ketat je. Di harap orang yang selalu datang lewat, dapat ubah diri masing-masing, termasuklah diri aku sendiri.Sama-sama kita muhasabah diri bagi meningkatkan prestasi kerja bersama.